Garis masa Sailendra

  • 770 Raja Sailendra bernama Raja Vishnu mula membina candi Borobudur.
  • 790 Kerajaan Sailendra menyerang Chenla (Kemboja) dan memerintah Chenla hampir 12 tahun . Raja Sailendra sebenarnya berasal dari Thailand atau Kemboja.
  • 825 Raja Sailendra bernama Samaratungga , cucu kepada Raja Vishnu berjaya menyiapkan candi Borobudur.
  • Borobudur merupakan candi , monument agama Buddha di atas sebuah gunung berapi yang terletak antara Magelang dengan Yogyakarta. di atas Borobudur terdapat stupa-stupa atau binaan pemujaan yang cantik dan indah di mana penganut agama Buddha berdoa dan mencari restu.
  • 835 Patapan dari Sanjaya mengambil alih Sailendra , menggantikan agama Buddha kepada agama Hindu. Raja Balitung pula memerintah Jawa Tengah. Ketika ini agama Buddha berkembang ke pulau Lombok dan lain-lain.
  • 850 Balaputram menuntut kembali kekuasaaan Sailendra.
  • Raja Sanjaya yang baru iaitu Raja Daksa di Jawa Tengah mula membina kuil Hindu di Prambanan.
  • Raja Warmadewa merupakan pemerintah pulau Bali. Ketika ini epik Ramayana telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa kuno.